Hi semua, Sempena cuti sekolah ni, saya ambil off day untuk clearkan annual leave. Tapi sebab masih lagi ada sekatan perjalanan antara negeri, tak dapat lah nak balik pun. Duduk umah yo la ha... Harini nak senaraikan resepi-resepi yang saya nak letak dalam blog nie. Saya cuba lah update sebulan sekali 😀 Tempoyak daun kayu Gulai ikan ngan pucuk ubi / pisang mudo Cendawan busut masak kuning Kuih jemput Sambal petai ikan bilis Daging salai masak kuning Telur itik masak kuning Semilang salai Pucuk ubi goreng lada api Lomak putih durian Pongat pisang / durian Buat masa sekarang saya tengah pindahkan resepi dari buku lama masuk buku baru. Dah rupa belacan ha.. line resepi kat dalam pun dah ada yang hilang sampai tersilap masuk ramuan haha Sementagho tu, moh la jongok blog jalan-jalan sey kek wordpress: https://londonmonopolywalk.wordpress.com/ Sekarang ni tak buleh bejalan, tengok gamba lamo cukup 👀
Gulai Online is a place where i keep the recipes that i got from my mom, with most of them being our traditional kampung recipes, somewhere in Kuala Pilah :) Feel free to browse around.