Langkau ke kandungan utama

Ayam Gulai Kuning a.k.a Gulai Ayam Masak Lemak Kuning

Salam semua... Nampak gaya macam semua resepi yang saya up kat sini semuanya masakan-masakan daily kat rumah ni je hahaha...

Gulai Ayam Masak Lemak Kuning

Sediakan:
  1. Ayam - saya beli siap potong kecik-kecik kat pasar, sekor ayam terus. Potong kecik cause mulut orang kat rumah ni kecik kecik lagi huhuhu..
  2. Santan sekilo - saya suka masak banyak santan. Santan kotak pun buleh juge. Asingkan pati santan dengan kaba tau (kaba tu ialah santan cair).
  3. Serai - banyak mane tu ikut suka..
  4. Lada api - senang amik segenggam lah
  5. Kunyit hidup - sebesar ibu jari atau ikut lah nak kuning mana. Kalau tadek, serbuk kunyit pun jadi.
  6. Garam.
  7. Optional - Potatoes.
  8. Daun kunyit - ada orang simpulkan je. Tapi saya hiris sebab saya suka semakkan gulai hahaha
  9. Optional - Daun pucuk paku/pucuk ubi - kalau ade. Saja letak daun-daun ni, bagi bebudak makan sayur.
  10. Optional - Cendawan kukur. Again, saje letak nak bagi semak gulai hahaha.. saya beli ni kalau jumpa yang cantik dan bersih.

Cara masak:
  1. Dah basuh ayam, drain kan air, letak tepi jap. Kalau masukkan kaki jangan lupo buang kuku'eh yo..
  2. Blend/tumbuk kunyit dan lada api. Saya blend je serai sekali, kalau takde blender, titikkan je dah cukup.
  3. Masukkan semua bahan-bahan di atas iaitu ayam, kunyit, lada, dan serai ke dalam kuali/periuk. Masukkan juga potatoes jika ada. Curah kaba santan (santan cair). Selalunya saya akan letak garam juga.
  4. Tunggu sampai ayam dan potatoes empuk dulu baru proceed with the rest. Boleh basuh pinggan ngan blender dulu sementara tunggu haha...
  5. Lepas dah empuk, bleh masukkan pati santan. Tips orang tua, kacau sampai mendidih untuk elakkan santan berketul. Kacau.. kacau.. kacau.. 
  6. Lepas mendidih bolehlah masukkan daun kunyit, pucuk ubi/paku, cendawan dan kacau lagi. 
  7. Let it simmer for a while, atau sampai pekat. Kat sini boleh adjust garam 😉

Nanti bila free sikit saya upload gambar okay.

Thanks, that's all from me today. Until next time..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Itik Salai a.k.a Rendang Smoked Duck dengan daun puding

Salam semua, dah lama tak menulis dalam ni. Rasanya sempena musim Syawal ni sesuai la saya share kan resepi yang tiap raya tak pernah miss dari dapur rumah ni. Kalau dari Seremban, sapa sapa yang pernah lalu jalan nak pergi Kuala Pilah confirm akan nampak itik salai bergantungan kat tepi jalan kan 😁 kata arwah mak, orang kat kampung kitaorang dulu lebih suka makan itik dan kerbau, berbanding ngan ayam dan lembu. Sebab nye... dah lupa la haha.. anyway daging, ayam, itik salai ni bukan available kat jalan nak balik Pilah je. Kek Jelobu pon ado yo. Even kek Kajang pon dah ado. So ni lah resepi itik salai yang diturunkan kat saya. Ada orang letak bawang dalam rendang, which i never did my whole life. Tapi kalau dah korang suka teruskan je lah kan maybe that's how you liked and remembered them.. comfort food from childhood kan.. and i'm gonna share you mine. Ingredients 1. Itik salai sekor. Kalau dah keras dalam freezer, defrost dulu yea masuk dalam microwave lu... 2. ...

Gulai Labu

Salam semua, tak tahulah berapa kerap saya boleh update blog ni 😅 oh hi, saya maksu. Staying somewhere in Negeri Sembilan and commuting everyday to Selangor where i currently work. Untuk post pertama blog ni, saya nak tulis resepi Gulai Labu simple yang biasa dimasak di rumah ni, gulai manis favorite saya dari kecik lagi. Here goes.. Gulai Labu Sediakan: Labu manis - selalu beli separuh je.  Santan setengah kilo - banyak sangat ke ni hahaha orang rumah ni memang makan santan banyak. Asingkan santan cair (kaba) dan patinya. Daun kunyit - pintal-pintal atau simpulkan je. Garam. Cara masak: Tips omak sey: Kalau dah masukkan pati santan, kacau sampai mendidih ye, boleh masak atas api besar. Dah lepas mendidih tu baru slowkan api and then boleh biar sampai pekat. Kacau lah sekali sekala gitu.. Labu manis tu buang kulit dan biji-biji nye. Pastu potong petak-petak tapi jangan kecik sangat nanti hancus jadi bubur plak hihihi. Masukkan labu dan santan cair (kab...