Langkau ke kandungan utama

Rendang Itik Salai a.k.a Rendang Smoked Duck dengan daun puding

Salam semua, dah lama tak menulis dalam ni. Rasanya sempena musim Syawal ni sesuai la saya share kan resepi yang tiap raya tak pernah miss dari dapur rumah ni.

Kalau dari Seremban, sapa sapa yang pernah lalu jalan nak pergi Kuala Pilah confirm akan nampak itik salai bergantungan kat tepi jalan kan 😁 kata arwah mak, orang kat kampung kitaorang dulu lebih suka makan itik dan kerbau, berbanding ngan ayam dan lembu. Sebab nye... dah lupa la haha.. anyway daging, ayam, itik salai ni bukan available kat jalan nak balik Pilah je. Kek Jelobu pon ado yo. Even kek Kajang pon dah ado.

So ni lah resepi itik salai yang diturunkan kat saya. Ada orang letak bawang dalam rendang, which i never did my whole life. Tapi kalau dah korang suka teruskan je lah kan maybe that's how you liked and remembered them.. comfort food from childhood kan.. and i'm gonna share you mine.

Ingredients
1. Itik salai sekor. Kalau dah keras dalam freezer, defrost dulu yea masuk dalam microwave lu...
2. Lengkuas, selalunya saya letak dalam dua kali ibu jari
3. Halia sebesar ibu jari
4. Lada kering segenggam
5. Lada api 2 genggam
6. Serai 4 batang
7. Kunyit sikit dalam 1/2 ibu jari
8. Daun puding dalam satu tray (40+ helai kut haha.. anyway, buang batang daun ye. Tips: jangan amik daun pucuk nya nanti berlendir).
9. Daun limau purut 2 helai (buang batang daun, hiris halus)
10. Daun kunyit 3 helai (hiris halus)
11. Santan kelapa 1 kilo

Mula-mula blend lengkuas, halia, lada, serai, dan kunyit. Saya blend guna minyak, tak pakai air.. entahla kenapa memang tak ingat apa reason haha... Pastu masukkan dalam kuali. Masukkan terus itik dan santan. Pastu boleh la biarkan berjerang. Kena kacau juga lah kuali supaya tak melekat atau hangus.

Masuk garam sesuai utk sekor itik, with the end in mind (walaupon kuahnya nampak banyak masa memula masak ni tapi rendang  tu akan kering nanti. So masa letak garam kena imagine keadaan end result nye dan letak cukup2 aje). Untuk gulai dan masak berkuah saya amalkan guna garam kasar.

Itik salai ni selalunya liat so kena jerang lama. Cuma saya perasan kalau salainya tak kering sangat, dia akan lebih juicy dan cepat sikit empuk so kalau camtu takleh la jerang lama nanti abis hancus. Maka depends pada keadaan itik tersebut...

Bila kuah rendangnya dah kering sikit dan daging nye dah empuk, leh masukkan daun kunyit dan daun limau. Pastu masuk daun puding.

Saya suka rendang yang berkuah, so memang takde la tunggu berjam jam nak kering. Tapi kalau buat sampai kering, daun puding tu akan crispy sedap tau :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ayam Gulai Kuning a.k.a Gulai Ayam Masak Lemak Kuning

Salam semua... Nampak gaya macam semua resepi yang saya up kat sini semuanya masakan-masakan daily kat rumah ni je hahaha... Gulai Ayam Masak Lemak Kuning Sediakan: Ayam - saya beli siap potong kecik-kecik kat pasar, sekor ayam terus. Potong kecik cause mulut orang kat rumah ni kecik kecik lagi huhuhu.. Santan sekilo - saya suka masak banyak santan. Santan kotak pun buleh juge. Asingkan pati santan dengan kaba tau (kaba tu ialah santan cair). Serai - banyak mane tu ikut suka.. Lada api - senang amik segenggam lah Kunyit hidup - sebesar ibu jari atau ikut lah nak kuning mana. Kalau tadek, serbuk kunyit pun jadi. Garam. Optional - Potatoes. Daun kunyit - ada orang simpulkan je. Tapi saya hiris sebab saya suka semakkan gulai hahaha Optional - Daun pucuk paku/pucuk ubi - kalau ade. Saja letak daun-daun ni, bagi bebudak makan sayur. Optional - Cendawan kukur. Again, saje letak nak bagi semak gulai hahaha.. saya beli ni kalau jumpa yang cantik dan bersih. Cara masa

Tips omak sey

Tips omak sey : Kalau dah masukkan pati santan, kacau sampai mendidih ye, boleh masak atas api besar. Dah lepas mendidih tu baru slowkan api and then boleh biar sampai pekat. Kacau lah sekali sekala gitu untuk elak berketul-ketul. * Caution: needs practice! 😅 Selalunya kita akan masukkan santan cair dulu (orang tua panggil kaba), bila dah mendidih baru masukkan santan pekat (pati). Kalau beli bungkus, boleh asingkan santan tu. Yang cair letak satu mangkuk, pati dia satu mangkuk. Kalau santan kotak, boleh cairkan sebahagian dari santan letak air suam sikit.