Hi semua, lama tak up recipe kat sini. Blog ni masih hidup, dan tuan punya badan pun dah pindah semula ke Selangor. Dekat sikit dengan tempat kerja kan. Dah setengah tahun 2020 dah pun sekarang. Belum ada kereta terbang 😀 Namun begitu 2020 tetap bersejarah dengan kemunculan covid-19 yang tetibe merebak jadi pandemik. Maka dah lebih 3 bulan la jugak saya work from home sekarang disebabkan MCO. Sebenarnya work fom home ni takda beza pun untuk pekerja IT, senang cita takde efek terhadap poductivity. Dengan MCO juga, peralihan drastik ke bidang digital bukan lagi advantage, malah dah jadi keperluan pulak. Sampaikan barang pasar tani kat bawah ni pon order online hihihi
Harini nak up recipe kari ikan. Ni bukan la tradisional nesmilan tapi awah mak dulu selalu masak ni, jadi termasuk la dalam kategori lauk lauk nostalgia gituh
Bahan-bahan:
- Ikan merah (red snapper?) - saya masak sekali 2 ekor je sebab besar (dan mahal hahaha)
- Bendi - dalam 3 batang je sebab saya tak makan sangat bendi, saja letak ni untuk bau bendi tu
- Santan (coconut milk) - lately ni pakai santan kotak Kara je. Satu kotak cukup. Kalau pakai santan fresh, macam biasa bahagikan kepada dua yea (satu bekas pati dan satu bekas kaba).
- Asam jawa (tamarind paste) - saya tak pernah guna asam keping untuk kari, tak pasti jika ada beza
- Lada besar - dalam 2-3 tangkai, belah dua memanjang
- Tomato besar - potong empat
Blend:
- 2 biji bawang besar (onion)
- 3 ulas bawang putih (garlic)
- 2 biji bawang merah (shallots)
- Halia 1/2 inci (ginger)
Bahan lain untuk tumis:
- Rempah kari ikan pek kecik - saya pakai Mak Siti
- Daun kari - lurutkan dalam tiga tangkai
- Rempah ratus - saya guna 5 sekawan. Biasanya saya tambah lagi yg kecik kecik seperti jintan manis (fennel seed), jintan putih (cumin), halba (fenugreek).. basically apa yg ada dalam sup bunjut tu, itulah yg saya guna nanti saya share gambar okie.
Cara memasak:
1. Tumis bahan yang dah di blend tadi bersama rempah ratus sampai naik bau.
2. Saya guna minyak banyak, kerana lepas tu kena masukkan rempah kari tadi. Kalau tak cukup minyak nanti berketul-ketul pula dia dengan bawang tu.
3. Bila dah timbul minyak sikit, masukkan daun kari, biarkan bertumis sekejap.
4. Lepas tu boleh lah masukkan santan bersama air sikit.
**Jika menggunakan santan fresh, masukkan kaba dulu. Selepas mendidih tambah air asam jawa bersama pati santan. TIPS: Jangan berhenti kacau hingga mendidih untuk elakkan santan pecah minyak!
5. Lepas tu boleh masukkan ikan dan adjust garam. Biasanya untuk gulai berkuah saya hanya gunakan garam kasar.
6. Bila ikan dah agak masak, masukkan bendi, lada, dan tomato.
Dah siap :) Lebihan kuah selalu saya simpan untuk makan breakfast besoknye, boleh buat kuah cicah ngan roti canai segera.. sedap tau!
Ulasan
Catat Ulasan